suria

Hubungan Adam Lee, Sweet Qismina makin serius - “Family kami okay, dah jumpa keluarga masing-masing”

PELAKON Adam Lee memberitahu menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Sweet Qismina.

Namun ujar Adam atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 26, buat masa ini dia dan Sweet ingin fokus mengejar impian dalam kerjayanya masing-masing.

“Perancangan memang ada, tapi kami tidak berani nak beritahu apa-apa lebih lanjut sebab tengah mengejar impian.

“Tapi dalam mengejar impian kami tu, kalau dah sampai seru... kami teruskan je, go with the flow. Perkara yang baik begini buat apa kita nak halang, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi