suria

Zarynn Min takut dituduh ‘sailang’ rezeki pelakon senior, usia muda tapi terima ‘job’ watak tua

PELAKON Zarynn Min memberitahu dia bimbang dengan penerimaan penonton apabila memegang watak ibu kepada aktor Ben Amir dalam drama bersiri Sang Pewaris.

Menurut Zarynn atau nama sebenar Noraszarinawati Tumin, 40, dia menerima watak Puan Sri Kamariah pada saat-saat akhir berikutan pelakon yang dicadangkan bagi karakter itu menolak tawaran berkenaan.

“Sebenarnya pihak produksi sudah mencari pelakon yang bersesuaian, tapi mungkin mereka tak sesuai dengan jadual penggambaran.

“Kali ini jadi emak kepada Ben Amir, sebenarnya berdebar juga. Bukan saja risau dengan komen netizen yang tak boleh terima saya jadi emak Ben tapi juga risau rakan seperjuangan yang berumur 45 tahun ke atas.

“Mungkin mereka rasa lebih sesuai tapi tak dapat tawaran, takut mereka kecil hati, ” ujarnya kepada mStar.

Sang Pewaris ditayangkan pada setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Zarynn Min, Ben Amir, Sang Pewaris, Drama,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi