AKSI pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) baru-baru ini menjadi perhatian netizen.
Ramai netizen yang memuji keberanian Kamal pada malam tersebut.
Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh artis tersebut, katanya tidak manis sebab tidak kena dengan adat Melayu.
Malah Pencetus Ummah (PU) Rahmat juga ada memberikan pendapat berhubung perkara ini.
Katanya, harap trend melamar secara terang-terangan ini dihentikan.
“Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Hanya sedikit nasihat saya agar memahami sedikit hukum Islam seperti yang dianjurkan, ” katanya.
#KenotBrain
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!