suria

Akibat malas fisioterapi, ligamen lutut Jaz Hayat cedera lagi - “Sekarang kena berjalan guna tongkat selepas pembedahan”

PENYANYI Jaz Hayat memberitahu dia sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kali kedua bagi merawat kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Ujar penyanyi Indonesia kelahiran Brunei itu, pembedahan pada awal Januari lalu perlu dibuat berikutan ligamen lututnya kembali tercedera.

“Saya mula cedera pada 2018, tapi akibat tidak mengikuti fisioterapi mengikut jadual... ligamen pada lutut terkoyak lagi.

“Jadi terpaksa buat pembedahan lagi pada awal Januari lalu.

“Alhamdulillah sekarang dalam proses pemulihan, tapi saya masih berjalan menggunakan tongkat, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu Jaz yang baru sahaja berkolaborasi dengan penyanyi Kaka Azraff menerusi lagu Karma berkata dia bersyukur apabila semakin dikenali di Malaysia selepas karya berkenaan menjadi runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis.

“Ini kali pertama kali saya berpeluang berduet dengan artis Malaysia, jadi saya sangat teruja, ” katanya sambil menyuarakan hasrat mahu ke Malaysia jika situasi kembali pulih daripada Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi