PERBUATAN seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol di dalam kelas ternyata mengundang kemarahan ramai termasuk golongan selebriti.
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor tidak terkecuali tampil menyatakan rasa marah dengan dakwaan berkenaan.
Menurut Adibah, isu jenayah rogol tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka.
“Lebih baik beremosi kerana ia memberi mesej bahawa rogol bukan satu bahan jenaka!” katanya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!