suria

“Saya nampak darah… ramai tak sedarkan diri!” - Mangsa kemalangan LRT imbau detik cemas terpelanting ke lantai

INSIDEN pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada malam Isnin yang pertama kali berlaku di negara ini cukup menggemparkan ramai.

Menurut salah seorang mangsa, Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy, segalanya berlaku dalam sekelip mata.

“Saya baru balik daripada kerja, masuk tren tu terus duduk... saya tengok movie kat phone.

“Selepas beberapa saat je, tren terus terhentak, hentakan yang sangat kuat. Saya tercampak ke lantai.

“Apabila tengok kiri kanan semua dah teruk, ada yang berdarah dan patah kaki," ujarnya kepada mStar.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.33 malam, sebuah tren tidak membawa penumpang telah bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang.

Daripada jumlah itu, 64 orang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur di mana enam orang di tahap kritikal termasuk tiga orang memerlukan bantuan ventilasi, tahap separa kritikal (15 orang) dan tahap tidak kritikal (43).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi