SEPERTI biasa banyak cerita menarik menghiasi dunia hiburan tempatan sepanjang minggu ini.
Untuk itu mStar rangkumkan lima berita hiburan paling mendapat perhatian dalam kalangan pembaca menerusi Top 5 Spotlight.
Antara yang mendapat perhatian adalah mengenai pelakon Eina Azman dituduh ‘potong barisan’ untuk dapatkan Vaksin AstraZeneca.
Turut berada dalam carta adalah pelakon Mira Filzah menyelar seorang gadis yang berkongsi berita palsu tentang kematian pemanah negara.
Paling mendapat perhatian adalah penyanyi baharu Iman Troye sekali lagi menimbulkan kemarahan netizen apabila membuat twit #kerajaangagal.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!