suria

Hati isteri tergores sering ditanya soal anak, Alieff Irfan minta netizan lebih sensitif- “Jangan pandai-pandai tentukan nasib orang”

YOUTUBER terkenal Alieff Irfan akui isterinya Nurul Nabilah Aliah Hazman atau mesra disapa Bella sedikit terkesan apabila ditanya netizen mengenai anak.

Ujar Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Ifran Aziki, 24, isterinya yang menghidap anxiety berasa terganggu dan bimbang keterlaluan jika diajukan soalan tentang cahaya mata.

“Fasal anak, tipulah kalau kami cakap kami tak cuba... kita nak plan bila-bila tu memang tak ada, buat masa sekarang memang tak ada rezeki.

“Banyak soalan tentang anak, bagi saya memang tak ada masalah tapi macam Bella dia ada anxiety (kegelisahan melampau), depression... benda itu sedikit sebanyak menganggu.

“Dia banyak terganggu, dia sering tanya kenapa kita belum ada anak, jadi saya hanya cakap Allah bagi kita rezeki nikmat sekarang ini, boleh beli itu ini dan mungkin Allah belum bagi lagi bab tu. Dah cukup adil, mungkin akan datang Allah beri rezeki anak pula,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bimbang terjerumus ke lembah maksiat” - Youtuber Alieff Irfan kahwin di usia muda

Dalam pada itu, Alieff menasihatkan kepada netizen untuk berfikir dahulu sebelum melemparkan sebarang komen atau kritikan terutamanya berkaitan perkara sensitif.

“Bella ada dapat DM bukan setakat bertanya tapi ada yang bercakap kasar seperti ‘kau ni tak ada anak’. Kalau sesiapa nak berkata-kata berfikir dahulu.

”Benda ini bukan kami yang minta, Allah yang bagi... kita boleh merancang tapi Allah yang tentukan, jangan pandai-pandai menentukan takdir dan nasib orang.”

Alieff dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 14 Februari 2020 di kediaman pengantin perempuan di Segamat, Johor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Alieff Irfan, Bella, Cahaya Mata, Anxiety,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi