suria

Kenapa kita perlu dibanci? Rupa-rupanya ini cara nak tahu info... senang kerajaan nak bantu rakyat

MESTI ramai yang masih terngiang-ngiang lagu Banci Malaysia versi 2020 nyanyian Tomok.

Mana tidaknya, sana sini di televisyen dan radio sering kedengaran lagu berkenaan sampai liriknya 'melekat' dalam ingatan.

Tapi tahukah anda mengapa kita perlu turut serta dalam Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020)?

Sebenarnya banci yang dibuat setiap 10 tahun sekali sejak 1963 itu adalah kaedah pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat yang lebih baik.

Dengan cara itu, kerajaan dapat merangka keutamaan dan strategi yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia keseluruhannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi