suria

Nikki Palikat terkenang arwah Yanie, buka cerita lama terkilan tak ambil berat kesihatan sahabat baik

HATI mana yang tidak sedih apabila terkenang sahabat yang telah tiada.

Akui Nikki Palikat, dia sedih dan beremosi ketika menyampai lagu Drama di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan minggu lalu.

Ujar Nikki atau nama sebenar Nicolette Louisa Palikat, 36, ini kali pertama dia menyampaikan lagu Drama secara solo.

“Saya tidak pernah bawa lagu ini secara solo, saya agak beremosi apabila terkenangkan Yanie. Saya teringat proses rakaman dan persembahan yang kami pernah buat dulu.

“Memori tu semua datang balik dan saya banyak nangis, selama dua tahun kami perform lagu tu... kalau ada event raya atau dinner show, ini adalah lagu wajib.

“Dia ada masalah batuk-batuk dulu, tapi saya tak pernah pandang berat tentang hal itu. Saya terkilan kerana ingatkan ia batuk biasa... saya juga tak pernah tanya dan sangka ia adalah sesuatu yang serius,” ujarnya kepada mStar.

Lagu Drama nyanyian Nikki, Ning Baizura dan Yanie popular sekitar tahun 2006.

Untuk rekod Yanie atau nama sebenar Siti Surianie Julkarim meninggal dunia pada 21 Mac 2010 akibat ketumbuhan pada paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nikki Palikat, Gegar Vaganza, Yanie, Drama,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi