suria

Isteri mangsa suami baran cerita kejadian selepas cermin kereta kena pecah, lari selamatkan anak masuk rumah

LEGA dan tenang. Demikian luahan rasa wanita bernama Amira Nabila apabila suaminya ditahan reman untuk membantu siasatan polis selepas videonya mengamuk dan memecahkan cermin kereta tular di media sosial.

Dakwa Amira Nabila Edy Rozimy, 24, kejadian yang berlaku pada 14 Disember lalu seperti yang disaksikan umum bukan kali pertama berlaku dalam rumah tangga mereka.

Menerusi panggilan video dengan mStar, Amira yang berasal dari Alor Setar, Kedah menceritakan semula tentang kejadian berkenaan.

“Selepas dia pecahkan tingkap, dia ambil anak saya yang sulung. Saya pula undur kereta sampai ke depan rumah dan bawa anak kedua masuk ke dalam rumah.

“Saya tak matikan enjin kereta. Kemudian dia datang ke rumah dan tinggalkan anak yang sulung tadi dan dia bawa kereta saya ke balai polis. Dia buat laporan ke atas saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod kejadian dalam video tular itu berlaku di Lorong Panglima Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.

Amira mempunyai dua cahaya mata lelaki yang berusia tiga dan satu tahun.

Pasangan ini sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu dan sedang dalam proses penceraian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi