suria

Bos Mydin sempoi main TikTok, rasa terlalu tua kalau tak ikut trend generasi muda

NAMA Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin cukup popular ketika musibah banjir melanda negara pada Disember lalu.

Rata-rata memuji tindakannya menghalalkan perbuatan beberapa individu memecah masuk ke cawangannya di Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Bukan itu sahaja, Ameer yang berusia 66 tahun juga dipuji kerana sentiasa mengikuti perkembangan media sosial apabila kerap muncul dengan kandungan video di TikTok.

Ketika ditemui mStar baru-baru ini, Ameer berkata dia sendiri terbuka menerima idea baharu daripada kakitangannya.

“Idea tentulah daripada staf saya. Bagi saya ia sesuatu yang menyeronokkan.

“TikTok pun satu medium berinformasi, kita kena ikut perkembangan... jika tidak kita akan jadi begitu tua,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi