suria

Disangka hanya boleh nyanyi lagu ‘cute’, rupa-rupanya Lia Aziz pelajar vokal klasik

AKUI ramai peminat menganggap dirinya hanya mampu membawa lagu pop, penyanyi Lia Aziz menjadikan pentas Big Stage sebagai platfom untuk menunjukkan bakat.

Lia atau nama sebenar Nuraliah Farzana Abg Aziz ingin mencuba pelbagai genre nyanyian bagi membuktikan dia seorang penyanyi yang versatil.

“Ramai yang kenal saya menerusi lagu Kucu Kuca, mungkin perspektif orang atau tanggapan orang saya mungkin genre saya hanya lagu pop dan lagu yang happy-happy.

“Tapi bila masuk Big Stage, ini adalah peluang untuk saya tonjolkan lagi bakat... bukan hanya genre pop tapi genre lain juga saya akan cuba,” katanya kepada mStar.

Masih bergelar pelajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Lia berkata dia tiada masalah untuk membahagikan masa sepanjang menyertai Big Stage 2022.

"Ya saya masih lagi belajar di Aswara... major in vocal classical, dua bulan ni tak ada kelas sebab kami semua tengah cuti semester, jadi tak menganggu pun penyertaan saya dalam Big Stage 2022,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lia Aziz, ASWARA, Big Stage,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi