suria

Fizi Ali disangka derita selepas cerai, netizen tegur nampak kurus... Rupa-rupanya tujuh hari tahan sakit

GARA-GARA kelihatan kurus, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali disangka berdepan tekanan selepas bercerai.

Namun kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, dia sebenarnya dijangkiti Covid-19 dan baharu sahaja selesai menjalani kuarantin selama tujuh hari.

“Ada yang komen pada gambar saya kata terlampau kurus kerana terfikir tentang penceraian, sebenarnya ia bukan begitu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Fizi berkata dia juga berdepan tekanan apabila perlu menjalani kuarantin sendirian.

“Sebenarnya apabila ada orang cakap fasal seseorang boleh terkena penyakit mental apabila tengah kuarantin ni, benda tu betul tau.

“Lagi-lagi apabila kita ni kuarantin sendirian,” katanya.

Untuk rekod Fizi dan bekas isterinya Shakilla Khoriri bercerai pada 15 Disember lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ameena Sofia berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi