suria

Nasib rider viral bawa anak OKU makin baik, syukur dapat pindah rumah baru lebih selesa... Mula buat bisnes laksa utara

JIKA sebelum ini kisah ibu tunggal penghantar makanan bernama Azimah Abd Rahim pernah mendapat perhatian ramai kerana terpaksa membawa anak kurang upaya (OKU) bersamanya.

Namun selepas hampir dua bulan mStar menyiarkan kisah wanita berusia 37 tahun dan anaknya itu, nasib mereka kini semakin cerah.

Kali ini mStar sempat berkunjung ke rumah Azimah di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur bagi mengetahui perkembangan terkini mereka.

Kata Azimah, dia bersyukur apabila personaliti dakwah, Ebit Lew sudi membantu membayar sewa rumah berkenaan untuk tempoh setahun.

Selain itu Ebit turut menghadiahkan kelengkapan rumah seperti peti sejuk, dapur, tilam dan almari untuk kegunaan dia dan anaknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi