suria

Ramai terpikat tengok ketampanan atlet gimnastik, Sharul Aimy makin popular selepas viral di Sukan SEA

PENAMPILAN sulung atlet gimnastik negara iaitu Muhammad Sharul Aimy di pentas Sukan SEA ke-31 mencuri tumpuan peminat sukan negara.

Selain kejayaan meraih pingat dalam acara kekuda berpelana di Sukan SEA ke-31, faktor ketampanan atlet berusia 21 tahun ini turut menarik perhatian ramai.

Mengakui menerima banyak mesej daripada peminat, Sharul berkata jumlah pengikut di laman sosial juga meningkat mendadak selepas dirinya tular di laman sosial.

"Saya tak tahu nak komen macam mana tapi takut jugalah! Sebenarnya, awal-awal lagi dah viral di Vietnam, balik Malaysia barulah saya tahu sini pun sama.

"Terkejut juga sebab sebelum ini tak pernah jadi macam ni. Pengikut di Instagram dan TikTok pun bertambah. Saya pula seorang yang pemalu.

"Ramai komen kata handsome, ada juga yang kata macam Syed Saddiq... rasanya tak sama!

"Impian saya selepas ini nak fokus dalam acara sukan antarabangsa dan berharap mereka yang mengenali saya dapat memberikan sokongan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anak kelahiran Terengganu ini turut berkongsi tentang cinta dan ciri-ciri teman wanita.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi