suria

Yusof Haslam bersangka baik spekulasi anak kahwin lain… Masalah rumah tangga itu perkara biasa!

BAPA kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai isu pergolakan rumah tangga anaknya dan menantu, Puteri Sarah Liyana.

Kata Yusof, tiada sebab untuk dia masuk campur dalam hal rumah tangga anaknya itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam hal ini, Yusof berkata dia hanya mampu memberikan nasihat dan teguran kepada anaknya itu.

“Saya tidak mahu komen perkara ini sebab isu ini dalam dunia mana-mana pun akan berlaku, ia perkara biasa.

“Sarah dan Syamsul masih lagi suami isteri, tentang hal lain saya tidak mahu komen dan saya mengharapkan memudah-mudahan bersangka baik sahaja la.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, kalau berlaku sekali pun ia bukan urusan saya untuk campur,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Kilau

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi