suria

Meriah 8 orang anak, Harry Khalifah sedia tambah cahaya mata lagi… Tak tolak rezeki selagi mampu

PENYANYI dan komposer terkenal Harry Khalifah memberitahu dia menjalani kehidupan dengan penuh meriah kerana dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Kata Harry atau lebih mesra disapa Apak, dia tidak menolak kemungkinan sekiranya isteri menimang anak kesembilan tidak lama lagi.

“Alhamdulilah Allah berikan banyak sangat ilham untuk ciptakan lagu baharu, itulah namanya rezeki anak.

“Perancangan untuk mendapat anak kelapan ini tidak dirancang ia berlaku secara tidak sengaja dan rezeki anak ini datang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

“Apak tidak menolak sekiranya tuhan ingin berikan rezeki untuk dapat anak kesembilan pula, jangan tolak rezeki tuhan.

“Sekiranya ditakdirkan Apak mendapat anak kesembilan, Apak akan tetap seperti dahulu dan tiada yang berubah,” katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi