suria

Komen Afdlin Shauki tidak berasas… Shahrol Shiro lantang bersuara isu pelawak hina agama bukan sebab politik

PELAWAK Shahrol Shiro menepis dakwaan kononnya dia lantang bersuara mengenai cadangan penutupan sebuah kelab komedi, di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana dipengaruhi unsur politik.

Menurut Shahrol, perbalahan yang berlaku antaranya dengan Datuk Afdlin Shauki itu adalah kerana perbezaan pendapat dan tiada kaitan dengan mana-mana badan politik.

Kata Shahrol, dia terpanggil untuk menyuarakan isu ini kerana ingin mempertahankan maruah bangsa dan agama Islam yang dijadikan bahan jenaka.

“Komen daripada Afdlin sangat tidak berasas kerana saya merupakan individu terawal yang mengeluarkan video tular tentang isu wanita hina agama itu.

“Di setiap hantaran di media sosial, saya tiada mempromosikan mana-mana parti politik mahupun individu yang terlibat dengan politik.

“Saya tidak faham apa asas yang dia cuba sampaikan apabila diserang kerana parti politik, kami berada disini berkumpul bukanlah sebab parti politik.

”Tetapi persembahan yang dilakukan telah melepasi garisan yang menghina agama kita.

“Kami disini bukan ingin serang beliau atau tidak sependapat atas dasar politik tetapi kami meletakkan agama itu di depan,” katanya pada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi