suria

“Terlampau ramai tiada bakat diangkat jadi artis” - Azan Scan tegur sikap sombong penyanyi BBNU, bangga ‘follower’ berjuta

VOKALIS Scan iaitu Azan memberitahu kumpulannya akan terus menghasilkan karya berkualiti untuk kekal relevan dalam industri muzik.

Azan atau nama sebenarnya Noorhazan Rashid, 50, berkata tidak kisah jika perlu bersaing dengan pelapis baharu dalam industri kerana menyedari perkembangan muzik sentiasa berubah dari hari ke hari.

Dia bagaimanapun menasihati penyanyi baharu untuk kekal merendah diri dan tidak mendabik dada dengan populariti yang dikecapi saat ini.

“Kalau bersesuaian dengan gimiknya kami okay untuk melakukannya cuma tidaklah terlalu teruk kerana ikut faktor umur juga... tidaklah terkinja-kinja buka baju, itu mungkin tidak.

“Sebenarnya agak lama kami tidak bersama jadi mungkin selepas ini mungkin akan keluar perkara-perkara aneh yang kami akan lakukan.

“Untuk bersaing dengan penyanyi baharu itu memang kena ada cumanya bukan untuk tunjuk siapa hebat sebab kalau ikutkan kami sudah lama bermain dengan muzik ni... pelbagai jenis muzik sudah kami lalui dan sekarang ini adalah masa penyanyi baharu untuk menyinar.

“Cumanya untuk penyanyi baharu jangan menyombong dengan orang lama, bila dah rasa besar diri dengan jumlah bilangan pengikut media sosial yang banyak tu... sampai jumpa orang lama pun tak bertegur sapa, sepatutnya kena hormat each other,” kata Azan Scan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Scan kini sedang mempromosikan single baharu mereka berjudul Pandang Pertama yang dilancarkan pada 29 Ogos lalu.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi