SEBUT Melaka, pasti ramai yang sudah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah yang ada di negeri ini.
Episod Bucket List kali ini, mStar bersama penyanyi Mierul Hazly meneroka dan mempelajari sejarah yang ada di negeri Hang Tuah ini.
Kami berkesempatan mengunjungi beberapa muzium yang ada di sekitar Bandar Hilir antaranya Muzium Seni Bina Malaysia dan Galeri Warisan Kota Melaka.
Memang tak puas berjalan sehari suntuk di sekitar bandar Melaka ini.
Walaupun sudah banyak perubahan dan kemajuan, namun bangunan warisan yang dibina sejak zaman penjajahan masih utuh terpelihara sehingga hari ini.
Bagi pembaca dan penonton yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti pelancongan dan lokasi menarik untuk dikunjungi boleh layari laman web Tourism Malaysia.
TONTON VIDEO PENUH YANG SEDIAKAN MSTAR INI.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]