suria

Tak putus asa dapatkan zuriat, isteri Achey bakal sambung rawatan IVF… “Sekarang bagi dia tenang healing dulu”

PELAWAK Achey memberitahu dia dan isterinya iaitu Noor Hasanah Yahaya tidak patah semangat meskipun proses rawatan pensenyawaan in vitro (IVF) yang dilakukan baru-baru ini tidak berjaya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata kini dia memberikan isterinya sedikit ruang untuk menguatkan kembali mental dan fizikalnya sebelum menjalani proses rawatan berkenaan untuk kali kedua tahun ini.

“Untuk tahun 2023 ini saya tenangkan dulu isteri bagi dia healing dulu, kalau ikutkan dia memang nak sambung terus tapi saya tak mahu rawatan tersebut dilakukan dengan emosi.

“Kami akan cuba lakukan lagi untuk tahun, usaha lagi sebab InsyaAllah dengan berkat doa semua, lagi pun kami sudah tahu konsepnya bagaimana... jadi kami usaha juga sampai jadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berikan kami pelbagai kata-kata semangat serta kongsikan tip sehinggakan nak meletop telefon bimbit isteri saya bila dapat mesej yang bertalu-talu, Alhamdulilah semoga doa anda tersebut Allah angkat dan makbul,” kata Achey kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi