suria

Selongkar rumah Kak KM, rajin siap goreng cekodok... Kongsi amalan selawat setiap pagi

ISTIMEWA #Bizibody minggu ini mStar terjah kediaman usahawan sensasi iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM.

Dalam pertemuan ini, Kak KM berkongsi beberapa perkara menarik mengenai dirinya termasuklah amalan dilakukan seharian.

Salah satu yang menjadi amalan Kak KM ialah membaca ayat kursi dan berselawat setiap pagi.

“Saya tak pernah kongsi dekat Instagram nak solat atau mengaji. Bangun pagi saya akan amalkan ayat kursi dan juga doa.

“Ia supaya malaikat jaga kita. Kehidupan kita tak tahu, banyak orang jahat,” katanya kepada mStar.

Menerusi temubual ini juga, Kak KM mendedahkan dia sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi kepuasan dirinya seperti membeli pakaian, beg tangan dan minyak wangi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi