suria

Shashic tak sabar nak timang anak, sudah usaha tapi belum rezeki - “Bukan senang buat baby”

SELEPAS dua tahun melangsungkan perkahwinan, pelawak Shashic Iewan sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Bagaimanapun kata Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 34, buat masa ini rezeki masih belum menyebelahi mereka.

"Pelbagai usaha sudah kami lakukan tapi gagal malah saya ada bertanya kepada orang lebih berpengalaman namun belum juga ada rezeki.

"Cipta lagu sendiri lagi senang daripada 'buat' anak," katanya kepada mStar.

Belum berputus asa, Shashic memberitahu isterinya yang juga pelawak Filzah Awok akan berangkat mengerjakan umrah di Makkah pada Isnin.

Kesempatan berada di Tanah Suci akan digunakan Filzah untuk berdoa agar mereka diberikan rezeki cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi