suria

Azlan Komeng tak mahu lepaskan Nilam, dedah awalnya isteri izin kahwin dua dah jumpa bakal madu

PELAKON Azlan Komeng tetap pendirian untuk mempertahankan rumah tangganya meskipun isteri iaitu Nur Nilam Ortiz telah memfailkan penceraian terhadapnya pada 10 April lalu.

Mengulas mengenai krisis rumah tangganya itu, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata walaupun menyimpan hasrat ingin berkahwin lagi namun perasaan sayang terhadap isterinya masih menebal.

“Saya tak boleh terima sebab waktu isteri saya buat keputusan pergi ke pejabat agama tu, saya ada alasan lain dan bila dapat tahu awalnya Nilam tidak boleh terima jadi kami perlukan ruang, insya-Allah pelan-pelan isteri saya akan faham.

“Soal saya nak nak berkahwin lagi tu sehingga hari ini saya belum katakan tidak, tapi soal sayang isteri dan atau rumah tangga, itu memang pasti,” kata Azlan kepada mStar.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu keputusan berkahwin lagi kerana atas persetujuan bersama isterinya namun berlaku beberapa perkara menyebabkan hubungan rumah tangga mereka bergolak.

“Perempuan (calon isteri) sebenarnya ada dengan saya sebelum berkahwin lagi tapi selepas berkahwin saya sudah tinggalkan dia... tapi dia masih kejar saya sampai jumpa isteri dan akhirnya bersetuju untuk berkahwin,” ujarnya. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi