PELAWAK Shuib terbuka sekiranya Thalita dan Ariq Matin mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang artis.
Shuib atau Shamira Muhammad, 41, bagaimanapun berkata dia tetap akan memastikan anaknya tidak mengabaikan pelajaran.
“Pelajaran mereka pun masih berjalan dan seiring dengan kerja sekarang ni tapi bila nak jadi seseorang dikenali maka perlukan pengorbanannya.
“Kena pastikan jadual waktu mereka teratur macam pergi sekolah dan sesi latihan, perlu seimbang dalam pelajaran tapi buat masa ini saya memang tengah tengok kecenderungan mereka ke arah mana.
”Kadang-kadang orang boleh berkata macam-macam tapi kalau mereka di posisi saya mungkin akan faham dan buat perkara sama,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI