suria

Wanita culik budak perempuan 11 tahun untuk dijodohkan dengan anak lelaki

Mangsa diculik untuk dijadikan bakal isteri kepada anak lelakinya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita di Yunnan, China bertindak menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun untuk dijodohkan dengan anak lelakinya, selepas keluarga mangsa menolak lamaran mereka.

Insiden tersebut mencetuskan kehangatan di media sosial China.

Difahamkan, wanita bernama Yang itu bertemu dengan kanak-kanak perempuan yang menetap di sebuah perkampungan di Liupanshui, dan merasakan mangsa adalah calon yang sesuai untuk anak lelakinya yang berusia 27 tahun.

Percubaan dua beranak itu untuk mendekati keluarga kanak-kanak berkenaan untuk melamar bagaimanapun ditolak oleh si bapa.

Justeru, Yang dan anak lelakinya meculik kanak-kanak berkenaan ketika dia tinggal bersendirian di rumah.

Pihak berkuasa berjaya mengesan dan menemukan kanak-kanak perempuan berkenaan di rumah mereka, empat hari kemudian.

Yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, manakala anaknya dijatuhi hukuman tujuh bulan atas tuduhan melakukan penculikan. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain