suria

Dua bekas polis terlepas tali gantung, hukuman bunuh mekanik 18 tahun lalu ditukar penjara

Membunuh merupakan kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

DUA bekas anggota polis yang didakwa membunuh seorang mekanik warga Indonesia 18 tahun lalu, terlepas hukuman tali gantung.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan Putrajaya menggantikan hukuman berkenaan kepada penjara maksimum 40 tahun selepas panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara dengan keputusan.

Susulan daripada itu, pemohon, Koperal Ailias Yahaya, 70, yang berkerusi roda dan rakannya, Lans Koperal Saiful Azlan Shah Abdullah, 60 diperintah untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan pada 22 Januari 2006.

Terdahulu, pada 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor mendapati Ailias dan Saiful Azlan bersalah membunuh Yusrizal Yusuf, 38, antara pukul 10 dan 11.30 malam, 13 Januari 2006 di Ladang Caledonia, Kilometer 22, Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor, Batu Arang di Selangor.

Mereka didakwa membunuh mangsa dalam keadaan bergari dengan menembaknya sebanyak tiga kali kerana dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain