suria

Impian akhirnya tercapai, Ajai teruja dapat cipta lagu OST ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ untuk Awie

Walaupun diaggap 'legenda', Awie senang menerima pendapat Ajai.

BAGAI mimpi jadi kenyataan, penyanyi dan komposer Ajai tidak menyangka dapat bekerjasama dengan idolanya iaitu Datuk Awie menerusi lagu berjudul Cerita Rindu.

Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, mengakui teruja apabila diberi kepercayaan buat julung kalinya menerbitkan sebuah lagu buat vokalis kumpulan Wings itu.

"Saya pernah bertemu dengan Awie ketika masih di bangku sekolah dan menyimpan impian agar kami dapat bekerjasama suatu masa nanti.

"Saya dibesarkan dengan lagu dendangan Awie sejak zaman bersama Kumpulan Exists lagi," katanya.

Copy of Untitled (30)

Ini merupakan kali pertama Ajai dan Awie bekerjasama.

Lagu Cerita Rindu merupakan lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak yang sudah pun ditayangkan bermula Khamis.

Dalam pada itu, Ajai menyifatkan lagu Cerita Rindu ini memberikan sentuhan berbeza daripada mana-mana karya ciptaannya sebelum ini.

Jelasnya, proses pembikinan lagu ini menitikberatkan aspek pernafasan bagi menyesuaikan dengan keselesaan dan cara nyanyian penyanyi itu sendiri.

"Kali ini, ia berlainan sikit dengan sentuhan daripada saya dari segi ‘phrasing’ pernafasan, tapi masih lagi meletakkan citarasa Awie.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ bukan angkat pengaruh buruk, Awie minta tonton dulu baru komen

ARTIKEL BERKAITAN: Awie pertama kali galas tugas pengarah, Rebel: Berontak Untuk Berotak bukan sindir mana-mana pertubuhan

"Setiap penerbit ada cara berbeza untuk menerbitkan lagu setiap artis kerana setiap lagu mempunyai pernafasannya tersendiri.

"Apa yang penting, lagu ini tidak ‘stereotype’ dan sama seperti yang pernah dihasilkan penerbit lain sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Ajai mengakui pengalaman yang dimiliki oleh Awie memudahkan lagi proses rakaman lagu berkenaan.

Menurutnya, penyanyi itu tidak malu menerima pendapatnya sebagai penerbit lagu walaupun sudah bergelar legenda.

2615731 (1)

Selain menyanyi, Awie turut berperan sebagai pengarah dan pelakon.

"Walaupun kami berbeza dari segi usia, tapi saya tidak berasa takut untuk beritahu perkara yang betul dengannya.

"Awie juga menerima pandangan saya dengan minda terbuka dan turut memberi cadangan apa yang dimahukannya, kami bekerja sebagai satu pasukan.

"Awie juga berpuas hati dengan hasilnya kerana sudah beri apa yang saya mahukan dan ini hasil terbaik daripadanya," jelasnya.

Selain menyanyikan runut bunyi, Awie turut tampil sebegai pengarah filem Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak.

Filem ini dibintangi Ben Amir, MK K-Clique, Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain