suria

Fizikal dan wajah dihina... Nurul Shuhada jumpa pakar psikiatri, teringat-ingat sampai tak sanggup tengok diri sendiri

Shuhada tidak mahu lagi dihina gemuk dan hodoh seperti dahulu.

SERING menerima mesej hinaan, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan dia pernah bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan psikologi.

Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, cacian mengenai paras rupa dan fizikal itu memberikan kesan cukup mendalam sehingga membuatkan emosinya terganggu.

"Saya kena jumpa pakar psikiatri kerana rasa diri tak bagus sebab ada yang kata saya gemuk, hodoh, jadi perkara itu melekat di minda saya.

size NP 1 (27)

Shuhada mendedahkan pernah bertemu pakar psikiatri di siaran langsung TikToknya.

"Memang rasa tak gembira, bila jumpa doktor dia kata, jadikan (hinaan) itu sebagai motivasi untuk berubah.

"Sedih sangat rasa sampai nak tengok diri sendiri pun tak boleh waktu itu," katanya menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok.

Enggan terus diselubungi rasa rendah diri, Shuhada berkata dia menjadikan hinaan itu sebagai pembakar semangat untuk dia lebih menjaga penampilan diri.

"Masa kena kutuk gemuk serta tak pandai jaga diri tu memang melekat di kepala saya sehinggakan bila berat naik je terus teringat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak suami orang keluar minum, Nurul Shuhada buat laporan polis... Yakin dalang penyebaran fitnah mengenalinya

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi... “Ini lauk kegemaran dia”

"Bila orang kata makin gemuk benda tu ia buat saya beringat supaya jangan gemuk.

"Benda itu macam jadi perantaraan untuk saya jaga penampilan diri dan bila berat badan naik je terus teringat tak nak kena hina tak nak kena maki macam dulu," jelasnya.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai parut di bawah mata Shuhada yang dikatakan sudah pudar, personaliti media sosial ini memberitahu ia adalah hasil solekan yang menutup cela berkenaan.

size NP 1 (28)

Parut di bawah mata Shuhada kekal sampai bila-bila.

"Parut bawah mata tak hilang lagi, nampak tersembunyi sebab pakai alat solek, parut saya ni nampak sampai bila-bila," ujarnya.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak stu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai tahun lalu.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain