suria

Aneh! Wanita cadang guna mentega sebagai bahan mekap, pakar beri amaran bahaya

Pempengaruh media sosial ini tampil dengan idea pelik.

BERMACAM buah fikiran kreatif boleh dikeluarkan untuk kecantikan wajah yang berseri-seri.

Begitulah kisahnya apabila seorang pempengaruh media sosial berani memperkenalkan mentega sebagai bahan asas solekan.

Tindakan yang mengundang kontroversi itu dilakukan oleh pempengaruh TikTok. Aaliyah Jamil dalam klip video berjudul Craft 5 minute yang mula tular pada minggu lalu.

“Mentega memberikan warna kulit keemasan selain membantu tekstur kulit kelihatan licin dan terasa seperti memakai solekan mewah,” ujar Aaliyah.

Bagaimanapun, pakar menjelaskan mentega tidak selamat untuk dipakai pada kulit kerana mempunyai pengawet makanan, garam dan beberapa bahan lain yang boleh mengakibatkan pori tersumbat selain menyebabkan jerawat dan radang kulit.

Walaupun tidak sesuai sebagai bahan solekan, mentega sebaliknya boleh digunakan untuk menggantikan bahan penanggal mekap.

Ia berfungsi sama seperti krim pembersih kulit bagi membantu untuk menyingkirkan maskara kalis air, gincu matte dan pembayang mata gelap. - WION News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain