suria

Penjaga kubur terlopong gali liang lahad, jenazah masih bau wangi selepas 16 tahun dikebumikan

Proses menggali liang lahad di sebuah tanah perkuburan yang bertukar misteri.

PELBAGAI kejadian boleh berlaku yang tidak mematuhi hukum sains.

Melalui satu video tular di laman media sosial, seorang penjaga kubur berkongsikan kisah luar biasa apabila jenazah yang digali semula berbau wangi walaupun sudah 16 tahun meninggal dunia.

Menurut perakam video tersebut yang dikenali sebagai Sukaidi berusia 52 tahun, kejadian berlaku pada 23 April lalu di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut Sukaidi, seorang jirannya meninggal dunia dan mereka mahu mengebumikan jenazah itu di lokasi tersebut.

Namun, ketika menggali liang lahad, mereka terkejut apabila mendapati kain kafan terkeluar daripada tanah yang merupakan milik kubur di sebelah.

“Kami kagum kerana kain kafan tersebut berbau wangi seperti bau bunga melati dan daun pandan.

“Padahal jika dilihat daripada batu nisan, jenazah si mati dikebumikan pada tahun 2008,” kata Sukaidi.

Disebabkan penemuan itu, penjaga kubur tersebut menimbus semula jasad terbabit, manakala jenazah jiran Sukaidi dikebumikan di lokasi lain. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain