suria

Sarah Yasmine sedia buat ujian air kencing, bimbang ada orang lain ‘sangkut’

Sarah sedia berikan kerjasama dengan pihak berkuasa.

KEKASIH gelap pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sedia memberi kerjasama kepada pihak polis di Malaysia dan Singapura jika mahu dia melakukan ujian saringan air kencing.

Ia susulan dakwaan mengatakan dia mengambil dadah ketika membuat pelbagai pendedahan mengenai Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan ramai selebriti lain.

"Saya okay saja kalau nak ambil urin, sila Central Narcotics Bereau Singapore dan polis di Malaysia.

123111111

Sarah tak gentar buat ujian air kencing.

"Saya akan luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu.

Bagaimanapun, Sarah memberi amaran agar rahsia beberapa pihak tidak terbongkar jika dia melakukan ujian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak melatah mesej minta RM5,000 tersebar, Sarah Yasmine hanya bergurau dengan kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine dedah mesej Meerqeen ajak jumpa, tak mahu dianggap terhegeh-hegeh

"Jangan plot twist dia orang lain yang terkena!," katanya.

Pada 22 April lalu, nama Sarah menjadi tumpuan ramai apabila mengaku sebagai kekasih Aliff sejak Januari lalu ketika khalwat membabitkan aktor itu dengan Ruhainies masih belum selesai.

Dia terpanggil mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor berkenaan dihentem teruk sejak dicekup berkhalwat pada 9 Mac lalu.

553 (24)

Kemelut Sarah, Bella Astillah, Aliff Aziz dan Ruhainies masih belum bertemu titik noktah.

Tidak terhenti di situ, pada 24 April lalu, Sarah mendedahkan pula mesej perbualan dipercayai di antara Aliff dengan individu dinamakan sebagai 'NRF'.

Pendedahan itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Sarah juga pernah berkongsi rakaman perbualan memperdengarkan Aliff sedang menangis kerana sudah tidak tahan dengan penipuan Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain