suria

Kelopak mata benjol lepas guna ‘cleansing oil’, segera jumpa doktor jika kalazion jejas penglihatan

Bahagian kelopak mata adalah sensitif dan lebih mudah dijangkiti penyakit.

KETUMBIT atau benjolan kecil di kelopak mata merupakan satu cela yang boleh mengurangkan keyakinan diri kita.

Ia adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman atau bakteria, khususnya pada akar bulu mata.

Di media sosial seorang individu berkata dia mengalami masalah mata disebabkan Chalazion (kalazion) selepas menggunakan cleasing oil (minyak pembersih).

Jadi ayuh kita kenal dua jenis ketumbit seperti yang dikongsikan Hellodoktor.

1. Herdoelum

Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata (hordeolum luaran) ataupun kelenjar meibomian (hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata.

Ketumbit boleh dikesan apabila terjadi bengkak pada bahagian mata. -Gambar hiasan

2) Chalazion (kalazion)

Berbeza dengan herdoelum, jenis ini boleh menyebabkan benjolan pada kelopak mata yang tumbuh ketika kelenjar minyak tersumbat.

Namun, ia biasanya tidak menyakitkan atau menyebabkan rasa melekit.

Bagaimanapun, Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum sekiranya dijangkiti kuman lalu bertukar menjadi masalah ketumbit mata hordeolum.

Kebanyakan ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan rawatan tetapi pastikan mata diperiksa sekiranya ia menjejaskan penglihatan.

Jadi hati-hati ketika menggunakan minyak pencuci atau cleasing oil yang merupakan produk berasaskan minyak bagi membantu menanggalkan solekan serta minyak lebihan daripada kulit.

Produk yang didatangi dengan pelbagai jenama ini semakin banyak digunakan di negara ini terutama sekali bagi golongan wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain