suria

Lendir kuning keluar daripada telinga anak... Mak ayah jangan terlepas pandang risiko, gegendang telinga boleh pecah!

Kanak-kanak lebih cenderung mendapat penyakit berbanding orang dewasa.

ANAK kecil merupakan golongan yang paling mudah terkena penyakit seperti selsema, sakit tekak dan batuk berpanjangan.

Namun, masalah ini akan menjadi lebih parah sehingga boleh menyebabkan sakit telinga sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan Awang di laman X, seorang individu panik apabila terdapat lendiran kuning keluar dari dalam telinga anaknya yang berusia dua tahun.

Menurut pengamal perubatan itu, anak kepada individu tersebut pada mulanya hanya mengalami selsema selama dua hari dan kurang meminum susu.

Kemudian cecair kuning itu mula dikesan apabila anaknya kerap menangis dan menarik telinganya gara-gara rasa tidak selesa dialami.

GMOdDXsaQAAQdXE

Menurut Dr Samhan, kanak-kanak yang mengalami selsema, sakit tekak serta batuk memang berisiko akan dapat jangkitan telinga disebabkan tiub Eustachian mereka lebih sempit, pendek dan rata.

Malah, apa yang merisaukan adalah apabila terdapat cairan keluar dari telinga, ia bermakna gegendang telinga sudah pecah.

Terdapat tiga risiko utama jangkitan telinga ini boleh terjadi kepada kanak-kanak:

1. Usia (kanak-kanak bawah tiga tahun paling mudah terdedah).

2. Kanak-kanak yang ada sistem imun yang lemah.

3. Minum susu botol sambil tidur atau dalam posisi baring.

Dr Samhan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Cara untuk cegah anak kena jangkitan telinga:

1. Elakkan penggunaan putik kapas yang berisiko menyebabkan gegendang telinga pecah dan tahi telinga akan berkumpul.

2. Guna minyak zaitun untuk lembutkan tahi telinga. Gunakan kain dan sapu dengan perlahan di lubang telinga.

3. Awasi anak daripada memasukkan bendasing ke dalam telinga.

4. Elakkan mengorek telinga supaya tidak berlaku kecederaan dan keradangan.

5. Elakkan menghembus hidung dengan kuat.

6. Jangan berenang atau menyelam ketika selsema.

Untuk makluman, Dr Samhan yang memiliki 1.5 juta pengikut di TikTok ini merupakan penerima TikTok Malaysia Popular Creator Award 2021.

Beliau bergiat aktif dalam menyampaikan pelbagai kandungan bermanfaat kepada masyarakat terutama berkaitan kesihatan dan ilmu perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain