BAGI yang gemar mencuba resipi baharu, boleh saja disajikan tetamu di pagi 1 Syawal denan hidangan masyarakat dari seberang ini. Ayam Masak Ungkep (Jawa) Bahan: 1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung Bahan A (untuk dikisar) 2 labu bawang besar 10 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci kunyit hidup 20 tangkai cili padi Bahan tumis: Halia (dihiris nipis) 1 liter air 2 batang serai Minyak untuk menumis Garam secukup rasa Cara: Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing. Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.