suria

Janji nak bagi kerja, lelaki perdaya gadis 17 tahun masuk hotel... 2 kali kena rogol!

Wanita sering menjadi sasaran individu gila seks. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki selepas dia didakwa merogol seorang gadis bawah umur yang dijanjikan pekerjaan sebelum ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, mangsa berusia 17 tahun memberitahu polis dia dirogol kira-kira pukul 2 pagi pada 9 April.

"Mangsa dipaksa masuk ke sebuah hotel oleh suspek dan dia didakwa dirogol. Rogol itu berlaku dua kali di hotel sama.

"Dipercayai mangsa telah dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan diajak berjumpa dengan 'majikannya' namun dia kemudiannya dirogol," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Siasatan terhadap kes itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun, yang merupakan pemilik perniagaan.

Suspek ditahan pada 17 April di rumahnya di Hulu Langat.

"Dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Dia direman enam hari sehingga 23 April ini," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain