suria

Saingan empat penjuru di PRK Kuala Kubu Bharu

PRK Kuala Kubu Bharu bakal menyaksikan saingan antara PH, PN, PRM dan Bebas.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta Bebas.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu Yuhanas Auree Kamaruddin sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Empat penjuru PRK Semenyih

PH meletakkan Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala Khairul Azhari Saut mewakili PN.

Sementara itu, PRM diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandang daripada DAP, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain