suria

Suspek kedua kes Faisal Halim ada 7 rekod lampau

Suspek kedua kes Faisal Halim masih dalam tahahan reman selama lima hari

SUSPEK kedua kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dinyatakan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek masih dalam tahahan reman selama lima hari dan siasatan sedang dijalankan.

Jelasnya, semakan polis mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK, Seksyen 507 dan Seksyen 384 KK.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kedua kes simbah asid Faisal Halim direman 5 hari

“Suspek pertama pula dibebaskan selepas tamat reman namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

“Suspek kedua yang masih direman itu bekerja sendiri sementara suspek pertama tiada rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek kedua merupakan lelaki berusia 30-an dan diberkas di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor pada lewat petang Isnin.

Manakala suspek pertama yang merupakan seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam kejadian pada petang Ahad, 5 Mei, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey mengalami luka teruk akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya berdekatan Kota Damansara, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain