suria

Suami ‘jual’ isteri di media sosial, tawar khidmat seks ketika hamil! Ada yang berminat, tapi nak tunggu perut besar sikit

Wujud individu yang mempunyai 'fetish' terhadap wanita hamil. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang individu yang mengiklankan perkhidmatan seks melibatkan isterinya di laman X meraih perhatian ramai netizen.

Menerusi tangkap layar tular, pemilik akaun yang mendakwa dirinya berbangsa Melayu mendedahkan isterinya kini sedang hamil dua bulan.

"Ha nak m**n dengan bini aku, tengah pregnant dua bulan. Body petite. RM350 menggunakan kondom, RM550 tanpa kondom. Deposit wajib RM50.

Tangkap layar akaun X yang kini tular dalam kalangan netizen.

Tangkap layar akaun X yang kini tular dalam kalangan netizen.

"Wajib bagi aku tengok. Tak dibenarkan seks luar tabii, tak dibenarkan seks secara ganas. Untuk Melayu sahaja," ujar pemilik akaun itu.

Pemilik akaun swinger yang sering dikaitkan dengan aktiviti bertukar-tukar pasangan itu turut mendedahkan isterinya berumur 27 tahun, manakala dirinya berusia 28 tahun.

Dia turut memberi butiran lain seperti berat badan serta ketinggian isterinya.

RM350 untuk masuk neraka? Murah betul maruah orang sekarang.

NETIZEN

Apa yang menjijikkan, seorang individu turut memberi respons kepada ciapan itu, seolah-olah berminat untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

"Area mana tu bro? Agak-agak hamil lima atau enam bulan nanti ada buat lagi ke? Tunggu perut besar sikit lagi baru best," tulis individu itu secara terbuka di laman X.

Tangkap layar interaksi antara mereka berdua yang menjijikkan itu didedahkan oleh sebuah page viral di laman X pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami asyik timbul ghairah di pejabat, isteri rasa ‘tak senonoh’... rimas selalu kena video call layan kehendak

"Ada neraka khas untuk suami atau pasangan macam ni," tulis pengendali akaun itu sambil membuat pautan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Semakan mStar mendapati akaun milik lelaki yang mengiklankan isterinya itu mempunyai lebih 10,000 pengikut.

Akaun X yang didaftarkan pada November 2013 itu bagaimanapun diletakkan dalam mod privasi dan kini tidak boleh diakses individu bukan pengikut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman X turut menyelar tindakan pasangan itu yang terang-terangan melanggar hukum Islam serta undang-undang negara.

Namun kata mereka, perbuatan berkenaan sebenarnya telah lama berleluasa dan memang wujud individu yang mempunyai fetish atau keinginan seks terhadap wanita hamil.

Aktiviti pelacuran turut ditawarkan menerusi media sosial. -Gambar hiasan

Aktiviti pelacuran kini turut ditawarkan menerusi media sosial. -Gambar hiasan

"Rasanya banyak lagi akaun swinger macam ni dalam X. Pernah nampak lalu timeline. Kerajaan kena buat sesuatu untuk bendung budaya tak bermoral ini, termasuk akaun darkside (DS) yang tawar khidmat seks.

"Benda ni dah lama. Ada dua-dua (pasangan) enjoy benda ni. Cuma tak pernah kena dedah lagi.

"Fakta benar. Terlalu ramai pasangan macam ni sekarang ya. Bagi mereka tak salah sebab masing-masing enjoy.

"Kesian anak dalam perut tu, dengan mengandung, sanggup buat benda terkutuk macam ni. Suami pula yang jual bini, bini pun rela hati nak.

"RM350 untuk masuk neraka? Murah betul maruah orang sekarang," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan zina sebelum atau selepas berkahwin merupakan dosa besar dan semua umat Islam perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain