suria

Bapa pokai, tiada duit beli beras... Anak 11 tahun hulur RM100, suruh guna dulu duit raya - “Pakai la, dah okay bayar semula”

Setiap keluarga pasti mempunyai ujian yang tersendiri. -Gambar hiasan

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, tradisi Syawal diteruskan dengan pemberian duit raya sebagai tanda ingatan dan berkongsi rezeki.

Kebiasaannya duit raya akan diberikan oleh mereka yang lebih dewasa kepada kanak-kanak, remaja atau individu belum bekerja.

Dalam kalangan anak kecil khususnya, pengumpulan duit raya boleh dikira sebagai satu saingan kerana sesiapa yang berjaya menamatkan Syawal dengan wang tunai terbanyak bakal muncul juara.

Kanak-kanak sentiasa menantikan duit raya apabila tibanya Syawal. -Gambar hiasan

Namun, melalui perkongsian tular di laman Facebook, pelayar tersentuh hati apabila seorang anak sanggup memberikan duit raya terkumpul kepada si bapa yang sedang dalam kesempitan kewangan.

Menurut pemilik hantaran itu yang merupakan seorang wanita, anak berkenaan mengikhlaskan pemberian tersebut kerana berasa kasihan terhadap kesusahan bapanya.

"Satu kisah yang membuatkan hati saya hiba, melihatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun. Pemikirannya matang seperti orang dewasa walaupun masih kecil pada angka usia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa muka tak malu, hari-hari ‘spam’ grup WhatsApp minta duit raya! Paling syahdu guna ayat ‘semoga ada rezeki untuk anak’

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ubah macam pengemis!” - Rupanya ramai tak senang duduk tengok trend kongsi kod QR minta duit raya

"Budak itu bermurah hati untuk memberikan bapanya sebahagian duit raya yang dikumpul, iaitu sebanyak RM100 bagi membantu membeli beras dan barangan dapur yang lain.

"Bapanya tentu sekali berasa serba salah dan cuba menolak, tapi budak itu kemudiannya menjawab seperti ini... tak mengapa ayah, pakai la dulu duit tu, nanti dah okay bayar semula. Kagum sekali saya mendengarnya.

"Inilah apa yang berlaku dalam masyarakat kita, sungguh remuk hati ini dan boleh dijadikan satu iktibar," kata wanita itu mengakhiri perkongsiannya.

Kalau dalam keadaan terdesak mungkin boleh diterima situasi sebegini, tapi sebolehnya elakkan.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi kisah yang hampir sama.

"Pernah waktu saya bekerja di kedai buku, ada sekumpulan budak ni masuk dan pakai duit raya untuk print kerja sekolah mereka. Biasanya budak-budak pakai duit raya buat beli mainan atau jajan je.

Kanak-kanak menggunakan duit raya di kedai buku.

"Ayah kami dulu suka main sabung ayam, tapi sekarang dia dah insaf. Ada sekali tu adik tanya ayah, ada duit ke nak main sabung ayam, dia cakap kalau tak cukup guna la duit raya dia dulu... tergelak kami.

"Kalau dalam keadaan terdesak mungkin boleh diterima situasi sebegini, tapi sebolehnya elakkan, kita tak mahu kanak-kanak terpaksa cepat menjadi dewasa daripada umur mereka," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain