suria

Tak cukup pinjamkan kereta, majikan selit pula duit raya... Lelaki ini terkejut benda pelik jadi selepas dapat balik kunci!

Seorang lelaki berkongsi 'keajaiban' yang berlaku selepas meminjamkan kereta kepada pekerjanya untuk pulang ke kampung. -Gambar hiasan (kanan)

TIDAK dinafikan, ada sesetengah individu yang sedikit berkira apabila melibatkan harta atau barang peribadi, lebih-lebih lagi untuk meminjamkannya kepada orang lain.

Namun tidak bagi seorang lelaki ini yang bermurah hati meminjamkan kereta kepada salah seorang pekerjanya.

Menurut individu yang dikenali sebagai Azril Bahaman, tindakannya itu didorong rasa simpati memandangkan pekerjanya itu hanya mempunyai sebuah motosikal dan tidak sesuai untuk membuat perjalanan jauh bersama keluarga.

"Raya baru ni, saya bagi pinjam kereta dekat kawan (staf) saya. Kesian pula tengok sebab dia ada motor saja, nak bawa family balik Johor katanya.

"Saya 'selitkan' sikit duit raya untuk dia, isi minyak, tol, dan belanja raya," tulisnya.

kereta 2

Hari raya lebih bermakna apabila dapat berkumpul dengan sanak saudara. -Gambar hiasan

Menurut Azril, kereta yang dipinjamkan itu dikembalikan semula kepadanya selepas seminggu pekerja itu pulang berhari raya di kampung halaman.

"Katanya keluarga dia happy sangat sebab dapat balik kampung, dapat shopping di bazar raya, dapat pusing-pusing melawat sanak-saudara di Johor.

"Saya rasa terharu sangat sebab dapat berkongsi gembira pada keluarganya," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut kemalangan, pemuda hati kering tak bagi sahabat pinjam kereta... Lebih rela beri duit

ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan balik kampung terbantut, isteri adik tak bagi pinjam HRV! Abang tuduh lupa diri, ungkit ibu bayar deposit

Bagaimanapun kata Azril, dia mengesan 'kelainan' apabila memeriksa kenderaan tersebut selepas dipulangkan pekerjanya itu.

"Ada satu benda yang terpaling pelik jadi. Saya tengok semua problem kereta saya sebelum ni dah hilang, serius!

"Enjin dah tak bergegar lagi, sensor paparan skrin defektif dah elok, radio player saya tak buat hal lagi. Dulu volume dia sekejap kuat sekejap slow sesuka hati, dan lambang malfunction semua hilang," kongsinya.

Inilah kemanisan berbuat baik pada sahabat yang tengah susah.

NETIZEN

Terkejut dengan 'kelainan' keretanya, lelaki tersebut beranggapan keajaiban yang berlaku adalah hikmah di atas niatnya membantu mempermudah urusan pekerjanya itu.

"Masya-Allah, mungkin akibat pertolongan saya yang kecil, Allah permudahkan urusan saya dan perelokkan kereta secara 'percuma'.

"Bagi saya, inilah maksud sebenar raya... 'memberi bahagia pada orang lain'," kongsinya lagi.

Hantaran lelaki tersebut menjadi tular di laman Facebook malah dibanjiri dengan komen warga maya yang memuji kebaikan serta kemurahan hatinya.

komen kereta

Netizen memuji sikap baik hati lelaki berkenaan yang tidak berkira dengan pekerja sendiri.

"Salah satu mensucikan harta. Sedekah semata-mata kerana reda Allah Taala.

"Kalau bagi pinjam dengan orang yang betul, Alhamdulillah selamat harta benda.

"Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.

"Inilah kemanisan berbuat baik pada sahabat yang tengah susah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain