suria

Wanita beri tip, anggap sejarah tercipta rider mesej ucap terima kasih... Terharu baca kata-kata menyentuh hati

Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar rider. -Gambar hiasan

SEKECIL-kecil kebaikan kita mungkin besar nilainya kepada insan lain.

Sekiranya anda perhatikan pada aplikasi penghantaran makanan, wujud pilihan untuk memberikan tip seikhlas hati kepada rider, sebagai tanda penghargaan atas kegigihan mereka meredah hujan panas.

Kebiasaannya tip ini akan diberikan apabila pesanan selesai dihantar, berserta penarafan bintang yang bertujuan menilai prestasi servis ditawarkan.

Bayaran yang diterima rider ada masanya tidak setimpal dengan penat bekerja. -Gambar hiasan

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita berasa terharu apabila tip yang diberikannya kepada rider dibalas dengan ucapan terima kasih selain diselitkan mesej menyentuh hati.

"Terima kasih cik sebab sudi bagi tip, jangan lupa makan walaupun kerja banyak, jaga diri," kata rider itu terhutang budi.

Menurut wanita itu lagi, perkara sedemikian jarang sekali berlaku dan rata-rata rider hanya akan berlalu pergi tanpa memberikan sebarang maklum balas.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesan makanan tak dapat sos, rider pula ‘disekolahkan’... Pelanggan beri alasan bayar upah paling mahal

"Sepanjang sejarah aku order makanan, ini je rider yang secara terus ucapkan terima kasih dekat aku selepas terima tip. Semoga terus murah rezeki abang ni dan juga rezeki aku, supaya mampu aku bagi tip yang lebih banyak.

"Aku bukannya kempunan untuk mendapatkan ucapan terima kasih, cuma sebab ini kali pertama terjadi, aku macam teruja. Tip yang diberikan pun sekadar berjumlah RM4," ujar wanita itu berbunga hatinya.

Warga maya lain turut menzahirkan rasa janggal kerana tidak menyangka rider masih boleh berhubung selepas makanan dihantar dan pesanan ditutup.

Aku tak gemar hulur duit dekat peminta sedekah, aku biasakan diri untuk berikan tip kepada pekerja perkhidmatan macam ni.

WARGA MAYA

"Wah biar betul rider boleh buat macam tu, aku pun biasanya lepas bagi tip akan lupakan je terus sebab tak pernah lagi rider nak cakap apa-apa," kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, seorang pelayar yang bekerja sebagai rider penghantar makanan tampil menceritakan perkara sebenar dan menjelaskan sebab mereka jarang mengucapkan terima kasih.

"Maaf, lepas dah hantar makanan dekat pelanggan memang chat akan terus tertutup, melainkan pelanggan yang mesej kami dulu. Sebab tu susah kami nak berikan ucapan penghargaan.

"Tapi sebetulnya kami sangat berterima kasih atas tip dan akan balas dengan memberikan rating lima bintang kepada pelanggan dalam aplikasi," jelas rider itu.

Peminta sedekah muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. -Gambar hiasan

Sementara itu, seorang warga maya turut berpendapat bahawa dia lebih rela bersedekah kepada pekerja e-hailing berbanding menyantuni golongan yang meminta-minta.

"Aku tak gemar hulur duit dekat peminta sedekah, aku biasakan diri untuk berikan tip kepada pekerja perkhidmatan macam ni. Kerana pada pandangan aku mereka ni lebih layak.

"Mereka bekerja keras untuk rezeki halal dan bukan hanya bersenang-lenang menggunakan jalan pintas bagi cepat kaya. Sama juga kepada peniaga-peniaga, saya selalu minta mereka simpan baki.

"Kita hargai mereka yang berusaha dan sisihkan mereka yang hanya tahu menempel," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain