suria

9 tahun ceria sedondon, baju Hello Kitty ‘terakhir’ cetus tanda tanya! Usahawan dedah beraya tanpa suami, menangis dalam tandas

(Kiri) Afina sekeluarga memakai baju tema Hello Kitty pada 2023, (kanan) ketika sambutan 1 Syawal lalu.

"GAMBAR terakhir kita bersama pakai baju sama."

Begitulah luahan seorang wanita yang terkenal di media sosial gara-gara busana 'rare' yang dipakainya setiap kali menyambut Aidilfitri.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, dia membuat luahan ringkas, tapi maksudnya begitu mendalam sehingga menimbulkan tanda tanya.

Tangkap layar video yang memaparkan busana raya dipakai Afina bersama suami dan anak-anak.

Bagi yang tidak mengenalinya, dia merupakan seorang usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Kak Hello Kitty kerana memakai baju raya bertemakan kartun popular itu setiap tahun sejak 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 35 pasang baju Hello Kitty viral sampai Indonesia, usahawan kosmetik berhabis lebih RM25,000 busana raya kali ini

ARTIKEL BERKAITAN: Berhabis ratusan ribu ringgit, usahawan kosmetik rancang tukar bumbung rumah jadi kepala Hello Kitty

Lebih menarik, bukan dia seorang sahaja yang menggayakan baju raya Hello Kitty tetapi turut menyediakan baju tema sama untuk suami dan dua anaknya sekali gus akan tampil sedondon di pagi raya atau jemputan rumah terbuka.

"Kali ni dia tinggalkan kami bertiga," katanya menerusi kapsyen dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Afina sekeluarga memakai busana bertemakan Hello Kitty pada Aidilfitri tahun lalu.

Bercakap kepada mStar, Yus Amina Mohd Zawizah mendedahkan dia hanya menyambut 1 Syawal lalu bersama anak-anak, tanpa suami.

Wanita berusia 34 tahun itu bagaimanapun memberitahu, dia sebenarnya sudah menyediakan enam pasang baju raya untuk mereka sekeluarga bagi Aidilfitri kali ini.

"Ada enam pasang termasuk dua baju bertemakan Hello Kitty. Tapi hanya saya dan dua anak yang pakai baju raya Hello Kitty kali ini.

"Baju raya yang sepatutnya untuk suami itu dipakai oleh bapa saya ketika saya dan anak-anak pulang ke kampung di Machang, Kelantan," katanya ketika dihubungi.

Afina (kiri) bersama bapa (dua, kanan) dan anak-anak ketika sambutan 1 Syawal lalu.

Mengulas lanjut, dia yang lebih mesra disapa Afina mendakwa hubungan dengan suami Mohd Afizi Mohd Nasir, 41, dingin sejak lebih dua bulan lalu.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai suami atau masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Saya tak nak anak-anak tengok saya menangis.

YUS AMINA MOHD ZAWIZAH

USAHAWAN KOSMETIK

Afina yang sudah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan turut memaklumkan dia dan suami mungkin akan berpisah sebagai jalan penyelesaian terakhir kepada masalah rumah tangga mereka.

Namun sehingga kini, katanya, jauh di sudut hati tetap sayangkan suami dan mahu cuba menyelamatkan rumah tangganya.

Afina sekeluarga turut memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran mStar pada 2023.

"Saya kenal suami lama... 17 tahun, kahwin dah 10 tahun. Sampai sekarang saya tak tahu apa salah saya yang menyebabkan dia berubah. Saya sedih kami tak beraya bersama.

"Saya tak nak anak-anak tengok saya menangis, kadang-kadang saya terpaksa menangis seorang diri dalam tandas... doakan saya kuat," katanya sebak.

Hasil perkahwinan Afina bersama suami, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, 9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich Mohd Afizi, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain