suria

Enggan tegur soal vokal peserta ‘The Hardest Singing Show’, Edry mahu persembahan bertaraf Grammy

Edry meletak harapan yang tinggi kepada semua peserta program The Hardest Singing Show.

PENYANYI dan komposer Edry Abdul Halim meletakkan harapan tinggi terhadap sembilan peserta progam The Hardest Singing Show yang bakal berentap bermula 12 Mei depan.

Edry yang juga juri program berkenaan mahu melihat persembahan kesemua peserta sekurang-kurangnya bertaraf Anugerah Grammy dan yakin mereka mampu melakukannya.

"Saya mengharapkan persembahan bertaraf Grammy bakal ditunjukkan setiap minggu oleh semua peserta.

"Ini bukan pertandingan amatur yang mana mereka baru mula belajar tentang nada dan juri tak perlu lagi persoalkan nyanyian mereka.

Untitled design (88)

Edry menganggap semua peserta terlibat bukan lagi di tahap amatur.

"Saya anggap ini sebagai 'Champion League' kerana kita hanya pertandingkan yang terbaik sahaja untuk rebut gelaran juara," katanya kepada mStar.

Edry berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program berkenaan yang berlangsung pada petang Selasa.

Selain Edry, 47, dua lagi juri yang bakal menilai persembahan peserta adalah Zizan Razak dan Datuk Rossa.

Dalam pada itu, Edry mahu peserta memberikan keutamaan kepada elemen seni persembahan supaya memenuhi konsep kreativiti luar limitasi yang ditonjolkan menerusi program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak 11 tahun masih tak bercakap, Edry berhijrah ke luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: 9 penyanyi popular sahut cabaran, ‘The Hardest Singing Show’ cari kreativiti dalam persembahan

"Kita ada kru produksi, pentas, barisan pemuzik yang hebat dan jangan lupa satu elemen penting iaitu seni persembahan.

"Kita mahu lihat kebijaksanaan mereka menggunakan pentas, saya percaya semua ada pasukan yang kuat dibelakang mereka," ujarnya.

Edry turut menjelaskan kehadirannya sebagai juri bukanlah untuk menjatuhkan namun mahu memberi bimbingan secara profesional.

"Izinkan saya untuk melakukan tugas saya nanti, sama ada saya dah kenal atau tidak untuk membuat teguran secara profesional.

Untitled design (89)

Edry (kiri) terlibat sebagai juri profesional dalam The Hardest Singing Show.

"Bukan untuk mengkritik atau menjatuhkan maruah masing-masing tetapi untuk membina lagi bakat yang sedia ada," katanya.

Sembilan orang peserta akan berentap merebut gelaran juara termasuklah Datin Alyah, Aisha Retno, Stacy, Ayda Jebat dan Epul Roza.

Turut bertanding adalah kumpulan De Fam, Zizi Kirana, Kaka Azraff dan Putera Mohammad.

Ia bakal dihoskan oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad.

The Hardest Singing Show bakal bersiaran setiap Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria bermula 12 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain