suria

Gerun! Deva Mahenra cabar diri terbang guna pesawat tempur, jadi tentera udara dalam ‘Serigala Langit’ - “Tanpa bimbingan khusus memang sukar”

Deva Mahenra cabar diri berlakon dalam filem aksi Serigala Langit.

PENGALAMAN terbang menggunakan pesawat tempur dalam filem Serigala Langit merupakan momen terindah tidak mungkin dilupakan oleh pelakon Indonesia, Deva Mahenra.

Meskipun babak itu dilakukan tanpa bimbingan khusus namun Deva, 30, berkata ia berjaya dilakukan dengan baik di bawah bantuan kru produksi dan tenaga pengajar.

Sebelum melakonkan watak Gadhing Baskara, Deva memberitahu dia mempersiapkan mental dan fizikal supaya setiap babak aksi itu dapat dipersembahkan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pecah perut tengok filem Kampung Latah Kena Kuarantin, sekampung pantang kena cuit - “Sebelum penggambaran dah penat... penat ketawa”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula borak kosong akhirnya dapat arah filem... Hairul Azreen baru sedar ada bakat terpendam sebagai pengarah

“Bagi saya semua adegan mencabar terutamanya ketika perlu terbang dengan payung terjun dan pesawat tempur. Tanpa bimbingan khusus, memang sangat sulit. Saya pasti itu yang dialami pelakon lain juga.

“Waktu persiapan juga sangat singkat. Kami diberikan kelas sewaktu penggambaran sahaja. Kita juga perlu persiapan fizikal dan mental yang tinggi. Hendak terbang dengan pesawat tempur ini kena ada ilmu.

deva mahenra 3

Deva berlakon bersama pesawat tempur dalam filem Serigala Langit.

“Tapi dengan bimbingan tenaga pengajar, kami berjaya melakonkan watak masing-masing dengan mudah,” katanya.

Selain Deva, filem Serigala Langit turut menampilkan Yoshi Sudarso, Dian Sidik dan Anya Geraldine bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 September depan.

Kami belajar untuk lebih menghargai diri sendiri dan mencintai bangsa serta negara kita!

DEVA MAHENRA

PELAKON SERIGALA LANGIT

Filem arahan Reka Wijaya ini menerima respon positif selepas ditayangkan di negara republik berkenaan dan untuk tayangan di Malaysia dengan kerjasama Horizon Film Entertainment, Quin Media dan Cineplus Asia.

Dalam pada itu, Deva berkata filem ini membuka matanya untuk lebih mencintai diri sendiri dan menghargai setiap perkara di sekeliling.

Malah dia turut berterima kasih kepada kru produksi yang banyak membantu para pelakon menjayakan penggambaran filem tersebut.

deva mahenra 2

Deva cabar diri bawa watak Gadhing dalam Serigala Langit.

“Kerjasama luar biasa daripada kru produksi Serigala Langit ini. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami berjaya melakukan segalanya dengan maksima.

“Banyak juga pengalaman menarik dan berharga sepanjang penggambaran. Kami belajar untuk lebih menghargai diri sendiri dan mencintai bangsa serta negara kita,”katanya.

Serigala Langit adalah sebuah filem aksi mengisahkan tentang Gading Baskara, juruterbang udara di Skuad 10 -Serigala Langit yang ditugaskan untuk menjaga seorang ejen.

Bagaimanapun, tugas itu menjadi sulit kerana dia berdepan dengan serangan pihak penjenayah yang mempunyai muslihat sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain