suria

Gempa Bumi Sabah

Gempa Bumi Sabah
1 / 16
Beberapa mangsa yang terselamat menerima rawatan di dalam sebuah ambulans semasa misi mencari dan menyelamat 130 pendaki yang terperangkap di Gunung Kinabalu dilakukan.
2 / 16
Seorang kanak-kanak yang terselamat diusung oleh penduduk setempat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di Gunung Kinabalu.
3 / 16
Seorang murid perempuan dari Sekolah Rendah Tanjong Katong tidak dapat menahan perasaannya sejurus tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Sabtu.
4 / 16
Antara barang milik pendaki yang dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Gunung Kinabalu.
5 / 16
Pasukan mencari dan menyelamat berusaha untuk membawa keluar mayat pendaki yang ditemui.
6 / 16
Malim Gunung Kinabalu membawa turun seorang kanak-kanak yang cedera. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah menyebabkan gegaran dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
-fotoBERNAMA
7 / 16
Laluan pendaki turut terjejas susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau, awal pagi Jumaat lalu.
8 / 16
Keadaan yang dirakamkan di atas puncak Gunung Kinabalu sebelum gempa bumi melanda Ranau.
9 / 16
Gambar puncak Gunung Kinabalu yang dirakamkan dari kampung berhampiran.
10 / 16
Keluarga terdekat malim gunung yang masih hilang berkumpul di Taman Kinabalu bagi mendapat berita terkini usaha pencarian orang hilang dalam tragedi gempa bumi di Sabah pada Jumaat lalu.
11 / 16
Sebuah rumah di Taman Kinabalu retak akibat gempa bumi di Sabah pagi Jumaat lalu.
12 / 16
Penduduk tempatan menjalankan perniagaan seperti biasa di pasar tamu pekan Ranau.
13 / 16
Anggota bomba dan penyelamat berusaha untuk mengangkat bongkah batu yang menghempap beberapa pendaki di Gunung Kinabalu.
14 / 16
Beberapa pendaki menyaksikan bongkah batu sebesar rumah.
15 / 16
Beberapa mayat pendaki di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi di Sabah.
16 / 16
gempa Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pernikahan Iesya Toh

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan