suria

Bantah Kezaliman Terhadap Rohingya

Pelarian Rohingya iaitu Mohammad Ayaz menunjukkan kesan pendarahan di kepala anaknya, Mohammad Osman di sebuah kem pelarian di Myanmar akibat kezaliman tentera negara itu terhadap etnik berkenaan. FOTO: AFP
1 / 8
Umat Islam di Thailand menunjukkan protes di hadapan pejabat kedutaan Myanmar di Bangkok, kerana kesal dengan kekejaman tentera terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Dilaporkan, umat Islam Rohingya dibunuh manakala wanita dirogol oleh tentera Myanmar dan rumah mereka dibakar. Semoga Allah membantu mereka dilanda musibah itu. FOTO: AFP
2 / 8
Ratusan masyarakat Rohingya berhimpun dan berarak dari Masjid Tabung Haji dan berhimpun di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan kejam terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam di negara itu. FOTO: Bernama.
3 / 8
Masyarakat Islam Rohingya berdoa dan menangis pada perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur sebagai membantah kekejaman saudara mereka di Myanmar. FOTO: Bernama.
4 / 8
Masyarakat Islam di Indonesia melakukan protes dan memegang sepanduk mengutuk kekejaman etnik Rohingya di Myanmar. Protes itu dilakukan di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta. FOTO: EPA
5 / 8
Umat Islam di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk membantah kekejaman terhadap etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar dengan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan negara itu. - FOTO: EPA
6 / 8
Umat Islam beramai-ramai berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Rohingya selepas selesai solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Doa Qunut Nazilah dibaca dalam solat Jumaat yang dilakukan ketika umat Islam ditimpa musibah. FOTO: Bernama.
7 / 8
Penyokong parti Islam 'Hefajat e-Islam' di Dhaka, Bangladesh beramai-ramai berarak sebagai tanda protes terhadap kekejaman dan penindasan yang berlaku terhadap masyarkat Rohingya di Myanmar. Laporan menyebut kira-kira 30,000 penduduk hilang tempat tinggal dan beratus-ratus orang terbunuh akibat kekejaman tentera Myanmar. FOTO: EPA
8 / 8
Rohingya

Artikel Berikut

Kebakaran Hutan Resahkan Israel

Artikel Lain