suria

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV
1 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi tabik hormat ketika memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
2 / 16
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat ke Balairung Seri sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
3 / 16
Lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Dataran Istana Negara. -fotoBERNAMA
4 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memeriksa Anggota Kawalan Kehormat dari Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
5 / 16
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat selepas memeriksa barisan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Balairung Seri, Istana Negara. -fotoBERNAMA
6 / 16
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berangkat ke Balairung Seri pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
7 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencium kitab suci Al-Quran pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
8 / 16
Sultan Muhammad V berkenan mengucup Keris Kerajaan sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
9 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melafazkan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
10 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menghunus Keris Kerajaan sebelum mengucup sebagai simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
11 / 16
Anggota Angkatan Tentera Darat dari Unit 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das sempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
12 / 16
Suasana di Balairung Seri sempena Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
13 / 16
(Dari,kiri) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra berkenan menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara. -fotoBERNAMA
14 / 16
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memperkatakan sesuatu kepada Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah (kanan) pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
15 / 16
Tiga Panglima-Panglima membawa Alat-Alat Kebesaran Istiadat Pertabalan iaitu Al-Quran; Keris Kerajaan; Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar pada Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XV di Istana Negara. -fotoBERNAMA
16 / 16
Sultan Muhammad V

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain