suria

Ambang Merdeka Sempena Penutup Sukan SEA 2017

Ambang Merdeka Sempena Penutup Sukan SEA 2017
1 / 11
Sukan SEA ke-29 KL2017 yang bermula pada 14 Ogos lalu, melabuhkan tirai malam Rabu dengan Malaysia dinobat Juara Keseluruhan dengan kontinjen negara menghadiahkan 145 pingat Emas sempena sambutan ambang Merdeka ke-60.
2 / 11
Sambutan Ambang Merdeka dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali di Stadium Nasional Bukit Jalil.
3 / 11
Pertunjukan bunga api menerangi Stadium Bukit Jalil pada upacara penutupan rasmi Sukan Sea ke-29 (KL2017) dan ambang merdeka yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
4 / 11
5 / 11
Pasukan Maktab Tentera Diraja melakukan persembahan bertemakan 'NegaraKu Sehati Sejiwa' sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.
6 / 11
Pelajar-pelajar sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan persembahan bertemakan 'NegaraKu Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.
7 / 11
Penaik bendera pada malam ambang merdeka 31 Ogos 1957, Leftenan KDR (B) Oliver Culvelt Samuel (enam, kiri) dan Leftenan KDR (B) Mohamed Sharif Kalam (dua, kanan) hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.
8 / 11
Sebahagian peserta-peserta yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.
9 / 11
Sambutan bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa', kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas kembali detik-detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan dijayakan seramai 18,000 peserta termasuk penglibatan Perdana Menteri sendiri.
10 / 11
Peserta-peserta dari Rejimen 506 AW, Kem Sungai Durian Kuala Krai antara sebahagian kontinjen yang mengambil bagian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri Kelantan bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
11 / 11
merdeka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain